A S K P S Y

Skala Depresi, Anxieti dan Tekanan - 21 (DASS-21)

Skala Depresi, Anxieti dan Tekanan - 21 (DASS-21) adalah skala laporan diri yang dirancang untuk mengukur keadaan emosi kemurungan, kegelisahan dan tekanan.

Arahan:Sila baca setiap kenyataan di bawah dan bulatkan pada nombor 0,1,2 atau 3 bagi menggambarkan keadaan anda sepanjang minggu yang lalu. Tiada jawapan yang betul atau salah. Jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab mana-mana kenyataan. Skala pemarkahan adalah seperti berikut:

0     = Tidak langsung menggambarkan keadaan saya

1     = Sedikit atau jarang-jarang menggambarkan keadaan saya.

2     = Banyak atau kerapkali menggambarkan keadaan saya.

3     = Sangat banyak atau sangat kerap menggambarkan keadaan saya

1)Saya dapati diri saya sukar ditenteramkan

2)Saya sedar mulut saya terasa kering

3)Saya tidak dapat mengalami perasaan positif sama sekali

4)Saya mengalami kesukaran bernafas (contohnya pernafasan yang laju, tercungap-cungap walaupun tidak melakukan senaman fizikal)

5)Saya sukar untuk mendapatkan semangat bagi melakukan sesuatu perkara

6)Saya cenderung untuk bertindak keterlaluan dalam sesuatu keadaan

7)Saya rasa menggeletar (contohnya pada tangan)

8)Saya rasa saya menggunakan banyak tenaga dalam keadaan cemas

9)Saya bimbang keadaan di mana saya mungkin menjadi panik dan melakukan perkara yang membodohkan diri sendiri

10)Saya rasa saya tidak mempunyai apa-apa untuk diharapkan

11)Saya dapati diri saya semakin gelisah

12)Saya rasa sukar untuk relaks

13)Saya rasa sedih dan murung

14)Saya tidak dapat menahan sabar dengan perkara yang menghalang saya meneruskan apa yang saya lakukan

15)Saya rasa hampir-hampir menjadi panik/cemas

16)Saya tidak bersemangat dengan apa jua yang saya lakukan.

17)Saya tidak begitu berharga sebagai seorang individu

18)Saya rasa yang saya mudah tersentuh

19)Saya sedar tindakbalas jantung saya walaupun tidak melakukan aktiviti fizikal (contohnya kadar denyutan jantung bertambah, atau denyutan jantung berkurangan)

20)Saya berasa takut tanpa sebab yang munasabah

21)Saya rasa hidup ini tidak bermakna